Pages

Isnin, 26 September 2022

Projek untuk Me Time dengan suami

1. Tent 

ukuran tent : 2m X 2m

Sebab newbie jadi beli yang nie.. kot sekali je pergi camping rugi beli mahal² tapi alhamdulilah selesa untuk kmi suami isteri tidur.

- poke

- stake

- rope

-hammer

- air bed

- pillow

- blanket

-Pop up tent untuk changing & shower atau ruang solat (list to buy)


2. Flysheet & Groundsheet

Flysheet 3m X  5m saja pilih panjang sebab nak buat dapur terus.
Pasang dengan pole. Lepas nie nak tambah lagi 2 batang pole nak bagi lagi tinggi al-maklum la sis tinggi jadi selesa sikit. 
Groundsheet 3m X 5m utk lapik sebelum letak tent risau tent terkoyak dan mudah cuci tent.




3. Foldable & Portable Stove.

- Gas Butane

Sis pilih yang jenis macam nie.. memamg besar sikit tapi senang nak ketang ketung. 
Warna pun ikut tema tent.


 - Barbeque

Kami masih belum beli boleh letak dalam list to buy.

Nak cari yqng jenis Foldable dan Free casing,mudah angkut & simpan sebab kereta kecik je.


4. Cooking & Food ware.

- Periuk,kuali & cerek.

Pilih set macam nie senang.

- Spice condiment Box ( yg basic sahaja).

- Storage Cool ~Food

Sis guna yang nie je.. bekukan air dalam botol semalaman lepastu letak dalam box in syaa allah tahan seharian kalau jarang buka box boleh tahan sehari setengah.


- Pinggan mangkuk (ambik dekat rumah)

- Sudu Garfu pisau (ambik dekat rumah)

- Cawan

Tema khaki sebab meja dah black colour.


Pilih stainless steel. Padu,lasak,mudah basuh. Tapi sis ada juga pilih jenis wood nak ikut tema khaki.


5. Folding Chair,Folding Table.




Takkan semua nak warna khaki kan? Lagi pun tema khaki nie mahal sikit.. jadi utk chair & table sis pilih warna hitam dan naikkan dengan hiasan warna khaki or wood cam gitu.


*Mat Picnic pun sis ada so boleh makan sambil bersila.. 


6. Portable & Folding water storage.

- Air minum

- Air basuhan




7. Tools Medicare & Safety/Emergency

- Medic Box ~ First Aid Kit.


- Insert Repellent

- Alatan memancing/ fishing net.

- Wet & Dry Tissue

- Plastik Sampah

- penyapu 




8. Fan,lighting & power.

- Powerbank 


- batteries

- Opolar Fan


- Lamp

Jenis nie sis letak dalam tent so time nak tidur tak terang sangat dan tak dalah kita dalam kegelapan.

Nie letak dekat bahagian luar tent

- Touch Light

- Lip lap lighting

cantik untuk deko tent atau flysheet.




9. Hammock & Buai



Berbuai sambil melayan alam semula jadi. silap-silap boleh tertidur.

Terutama atas pokok atau tepi pantai.Nyaman...


10. Others

- Soap / Detergent

- Shirt & pants

- Towel


Kebanyakkan gambar sis ambik dari Cik Google tau.. 

Sis pun masih newbie dalam dunia camping. 


Kesimpulannya untuk barang yang dibawa dan dibeli adalah mengikut keperluan kita sendiri.

Tak perlu ikut kehendak hati. Nati camping pun tak enjoy sebab duit banyak terbang.









Sabtu, 26 Disember 2015

Wedding Reception

Assalamualaikum uollsss
Alhamdulilah Wedding Reception selesai dan berjalan dengan lancar walaupun pada permulaanya terdapat bermacam cabaran yang perlu ditempuhi.
Sokongan dan dorongan yang diberikan oleh keluarga dan kawan-kawan serta keluarga mertua tidak dapat saya lupakan.

Akhirnya saya diraikan seperti pengantin raja sehari yang lain. Walaupun semua ini tidak pernah saya gambarkan dan saya sendiri tidak pernah bermimpi berdiri diatas pelamin sendiri.


Majlis Khatam Al-quran (request by bonda)

sementara menunggu rombongan en hubby sampai

saya dan em hubby diarak oleh kumpulan marhaban.. 
pengantin naik lorry towing (anak pemandu lori katakan)

keadaan di meja makan

Ayahda bonda tercinta


Emak hubby aka mak mertuaku


Keluarga tercinta seorang je kumbang yang lain bunga

Bridesmaids tapi saya pun tak tahu saya da bridesmaids

Opsss en hubby buat apa tu hehe sabo sabo

 Meja makan beradap disetiakan oleh Nida Catering

Ala-ala candy booth tapi diy oleh sepupu-sepupuku
 
potong kek dgn ayahda bonda tercinta sebab lagi 4 hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-25

goodies bag utk tetamu yang hadir

makanan untuk rombongan en hubby disediakan oleh nida catering

outdoor time dengan dayang-dayang

dayang-dayang simpan tepi bagi laluan kepada pengantin hehe

terjumpa kawan sek menengah time outdoor tahniah Kamalia x sangka jumpa awak hehe dan kita sama-sama dh bergelar isteri.

Ni kisah persandingan saya yang simple sebab saya pun jenis yang simple. Lagipun saya duduk di pulau pinang dan persiapan banyak diuruskan oleh bonda dan adinda tercinta. Terima kasih juga kepada saudara mara yang hadir dan membantu. Maaf jika ada kekurangan Al-maklumlah anak sulung yang kawin jadi kelam kabut la sikit hehehe.






Rabu, 23 Disember 2015

PERCUTIAN DI JERAI

Assalamualaikum 
Hari nie mood nak cite pasal Kursus Pemantapan Kerja di The Regency Jerai Hill Resort 
First time datang sini.. best tempat tenang dan yang penting sejuk. Sesuai la untuk orang bermadu kasih.
Tapi saya pergi untuk kursus bersama-sama rakan pejabat

Nie saya kongsi sedikit koleksi gambar yang sempat di ambil.

Check In time masing2 nak bilik view laut hehe

Masuk je kita akan nampak pemandangan menghijau

Langit terbentang luas

Bilik tidur pandangan gunung ganang

pemandangan petang

Bunga yang warna warni

kursus time

Birthday celebration

makan time

Reception view


Game puzzle


kawan sekerja




TPKNF & Ketua Unit Pengurusan

Ketinggian Gunung Jerai


Ini serba sedikit gambar yang sempat saya tangkap. Al- maklumlah pergi kerana kursus so banyak aktiviti yang dilakukan.

Disini saya kongsikan maklumat untuk membuat tempahan bilik
Alamat : Jalan Kaki Bukit, 08300 Gurun, Kedah
No tel : 04-466 7777
Sekian Terima kasih.