Pages

Ahad, 2 Ogos 2015

PERSIAPAN PERTUNANGAN

Assalamualaikum..

Saya nak kongsi pengalaman bertunang tanpa dirancang. Pada awal rancangannya pihak lelaki akan merisik dan hanya membawa beberapa ahli keluarga terdekat sahaja. Al-maklumlah ayah takut kami bertunang sebab sudah berkawan lama.  Tapi atas pemintaan opah hubby akhirnya kami bersetuju untuk bertunang. Walaupun tanpa dirancang Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan saya selamat menjadi tunangan orang pada 2 Ogos 2015.

1. Tarikh waktu dan lokasi
- Tarikh yang dirancang mengikut tarihk merisik 2 minggu selepas raya. Rombongan hubby sampai tepat pukul 12.00 tengah hari di teratak ayahda bonda.

2. Pelamin (bawah Rm250)
-  Macam perancangan awal, adalah merisik jadi saya memang kekalkan tiada pelamin tapi kak sedara bersemangat nak buat pelamin.
* Sewa bunga dan alas duduk Rm200
* Kain tirai beli dekat Kamdar Rm16
* Paku dan dawai Rm5

3. Baju bertunang (baju raya tahun lepas)
- Nak cari baju dengan badan comel macam ni memang susah. Nasib baik raya tahun lepas en hubby sponser baju raya kelas AAA jadi saya ambik keputusan untuk pakai baju yang sedia ada jimat pun jimat.

4. Makeup (Rm30)
- Kawan kak sedara tolong makeup jadi dapat murah sebab kawan kak sedara makeup time dia tunang hari tu memang cantik jadi saya minta tolong dia makeupkan.

5. Photographer (foc)
- Minta tolong adik sedara tangkapkan(tapi gambar dalam kamera dia hilang) nasib banyak gambar pertunangan dalam handphone. Zaman sekarang semua handphone cangih-cangih.

6. Hantaran ( Tak sempat kira bajet sebab main beli dan pakai apa yang ada)
- Dari pihak perempuan( 7 dulang )
* Tepak sireh ( sponser oleh cik yah)
* Bahulu ( sponser oleh bonda)
* Popuri (dibuat khas oleh Shida dida)
* Sarang burung ( sponser oleh maknya na)
* Kuih raya ( sponser oleh kak long bella)
* Chesse kek ( sponser oleh mak cik lina)
* Buah-buahan

 - Dari pihak lelaki ( 5 dulang )
* Cincin pertunangan
* Wajib ( sponser oleh nenda hubby)
* Buah-buahan 
* Manisan gula dan garam 
* Kek ( sponser oleh mak su hubby)

7. Jamuan makan (Anggaran rm500 kebawah)
- Bonda tercinta masak nasi ayam jimat masa jimat duit jimat tenaga tidak perlu banyak masak banyak jenis lauk. Air bonda buat air sunquick tropika. 

8. Goodie Bag


Jadi bajet untuk majlis pertunangan mengejut saya dalam dangaran Rm 1,500.00 tapi masih boleh dijimatkan lagi ikut kemampuan masing-masing.






Tiada ulasan: